Friday 24 October 2014

~here I am now - Universiti Malaysia Kelantan- ~

assalamualaikum ...

        asyik2 menghilang tanpa khabar ... ni semua sebab terlalu sibuk dengan urusan yang tiada kesudahannya ... ehh ehh takdelahh heeehee ...sebenarnya saya takde idea nak update blog ... kehidupan yg terlalu biasa saja ... takdenye retis2 bagai .. eccehhh poyo je lebih aku nii hew hew

         okay lets start our blog writing now hehehe ... alhamdulillah saya sudahpun tamat menuntut ilmu di  kolej matrikulasi perak , atau lebih dikenali dgn nama manja dia , KMPk selama setahun ... wahh manja gittew uollss ... hahaha ... selepas mohon upu , cuti selama 4 bulan dan menganggur buat part time di bookshop sekolah , alhamdulillah saya sudahpun diterima masuk ke Universiti Malaysia Kelantan , atau nama pendek + manja , UMK ... haaaa jauh tak gue tercampak ? dari selangor terus terbang ke kelantan uolss ... tergamam bila diterima masuk ke sini ... when i show my upu result to my mom , terus demam my mom .... and seriously , tak expect pun nak dapat jauh2 ... tapi takpela , takde rezeki nak dapat dekat2 ... asalkan dapat jugak sambung belajar dekat universiti ... alhamdulillah tercapai juga cita2 ku utk menyambung pengajian ke menara gading .. syukur ke hadrat-MU ya Allah ... akhirnya ku diterima belajar sebagai student Sarjana Muda Keusahawanan Logistik dan Perniagaan Pengedaran (apsal panjang naw nama kos aku ni adoii )


last day with love , right before registration as UMK student ... sobs :'( 

my group !!! lepas buat persembahan koir ... gigil kottt hahaha

fasilitator2 yang sumpah ganas masa orentasi , habis jee orentasi , mcm kitorg jee active dia hehehe


        selepas seminggu menempuh minggu orentasi yang sangat22 memenatkan , tapi have fun , sesi pembelajaran pun bermula. and luckily , my timetable tak packed sangat , cuma full class di malam hari ... haihh geram betul tgok roomates2 kesayangan semua duduk melepak di bilik , tp I kelam kabut nk bersiap ke kelas .... haaa stress hahahaha ...takpee baru first sem ... ada 7 sem lg utk ditempuh hehehe ... what I love in here is , hampir keseluruhan kawasan kampus kami ditutupi dgn beratus2 payung , atau lebih dikenali dgn panggilan ' sky umbrella ' ... ianya terdapat di ketiga2 kampus kami ... tp sorry lah .. gambar kat kampus kota je ... tak sempat nak jelajah kampus2 lain lg hehehe ... and jalan tar di kampus kami jugak diselaputi dgn cat merah , atau lebih glamour dgn ' red carpet ' ... haaa semangat gittew g kelas nampak merah jee sepanjang jalan ... boleh membangkitkan semangat kalau agak2 tgah lemau nak g kelas tu kan ... ahahhaa ...


see ? sky umbrella ada ... red carpet ada ... lain dr yg lain tauu ... * maaf mata mengantuk *
    alhamdulillah , kat sini , jumpa ramai kawan2 baru ... unfortunately , kawan KD10 ada sorg je , tp kat kampus lain ... and member member matriks pun berapa kerat je kt sini ... tp takpelah ... kawan2 yg jauh di mata , tetap dekat di hati .... kat sini pun kawan2 pelbagai bangsa , agama , ragam , dan gaya ... cuma terletak di tangan kita je utk pandai pilih kawan yg boleh ubah kita ke jalan yg diredhai-Nya ... in shaa Allah ...

p/s : stress plug aras kitorg kena tendang ... tak memasal kena duduk lepak aras bawah , nak charge tab , laptop ... tetiba semangat nak update blog hehehe 

Monday 3 February 2014

~ Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) ~

assalamualaikum ....

apa khabar semua ? harap semua sihat2 lah yee ... okay ... sebenarnye lama dah rasanya tak post blog nii ... setahun dah kot ? ermm entah lah ... so terasa mcm awkward sikit laa .... sikit jee tau ... hahahahaa

okay sebenarnye aku dah lama tak post blog ni bukannye apa .. cuma sekarang ni aku sedang melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Perak , ataupun lebih dikenali sebagai KMPk ... KMPk terletak di Copenghagen  Gopeng , Perak. haaa kolej ni dlm 30 minit dari bandar Ipoh .. lebih kurang laa ....so kalau nak outing , pergi jee ke bandar ipoh. macam2 ada , ada aeon , jaya jusco , ipoh parade , haaa andd macam2 lg ... *semangat nak outing*

utk pengetahuan semua , matrikulasi menawarkan course sains dan akaun. sains pulak terbahagi kepada 3 , iaitu modul 1 (bio, physics) , modul 2 (physics, science comp.) , dan modul 3 (bio, science comp.). Akaun pulak hanya ada satu jenis jee ... tp ada 3 subjek teras , iaitu perakaunan , ekonomi , dan pengurusan perniagaan ( time exam hari tu pengawas ckap prinsip perniagaan .. O.o ) .. ada juga kolej2 lain yang menawarkan course sains teknikal , tapi di KMPk , tiada course sains teknikal ditawarkan.

okay lets start with the environment here ... kat sini , scenery dia best best tauu ... atas bukit gitu ... kadang2 tu sejuk jee ala2 mcm kt cameron highland gitu .... lepas tu , kita jugak boleh nampak prmandangan bukit bukau ciptaan Allah yang indah ... kadang2 tu boleh nampak kabus2 kat puncak bukit tuu .. cantik sangat tau !! lagi satu , KMPk ni dikelilingi oleh ladang kelapa sawit yg luassssss sangat ... haa tak percaya , meh datang sini , tengok sendiri okaayy !!

kat sini , aku ambik course akaun ... hermm kenapa tak ambik sains ? tak sanggup la ceq ... cukuplah belajar sains setakat sampai form 4 tak habis tu .. haahhaa actually aku mmg minat giler2 kat akaun. tak tau kenapa. maybe sebab suka kira2 kot. so sebab tu la aku ambik akaun. subjek akaun ni , kalau aku tak dapat A , aku akan meraung satu kolej ... sedih bhaiii !!!

ok back to the story. kat sini , ada dua jenis sesi. satu program satu tahun (PST) and lagi satu program dua tahun (PDT). kalau PDT, khas utk student sains je. so maksudnya aku kat sini hanya setahun je la. ehh setahun tu pun dah terasa lama tau. tapi happening sangat kat sini. kawan2 ramai , kawan baru , even kawan yang satu sekolah kat KD10 pun ramai ! sebab tu la tak sunyi sangat. sebab ramai kawan yang tersayang !!! 

kat sini , course akaun terbahagi kepada 4 kuliah. satu kuliah ada 5 kelas tutor. so maknanya semua sekali ada 20 kelas tutor. tp kadang2 kelas tutor tu akan terbahagi kepada dua pulak , tp mengikut subjek la. bukannye selalu pun asing2. sedih. aku kat sini masuk dalam kuliah A1. kelas tutor pulak T2a. so gabungkan ,jadi  A1T2a !!! haaa itula kelas tersayang aku !!! sangaaat happening taww u olls !!

kat sini , semua kelengkapan serba lengkap. alhamdulillah ... ada mesin basuh , gymnasium ( indoor & outdoor) , gelanggang tennis , squash ( betul ke eja ?) badminton , basikal , petanque, annndd macam2 lg. so if bosan ke apa ke , haa main la apa yg korg nak main.tp utk badminton and yg seangkatan dengannye , better bawak sendiri racket yee.

permandangan dari atas UFO kot ?? hermm

masa minggu kedua or ketiga lepas orentasi




welcome to KMPk !!!



permandangan dari dalam blok. yang tengah tu rumah felo a.k.a. warden


dewan sri kinta (DSK)




*muka buruk sebab tukang ambik gambar kat kedai gambar tu sangatlaahh sengal*



kalau rajin , turunlah ke belakang blok. boleh tengok sunset yg lawa


inilah bilik tutoran @ kelas


dewan kuliah kecil



some of my classmates
again , some of my classmates


classmates !!! (some of them are missing !!)

trademark KMPk  taww  :)

permandangan dataran dari tingkat atas

aktiviti di KMPk

well , I'll studying in here for about two months more ... yang pastinya , aku akan rindukan ni semua. kawan2 aku , lecturer2 semua yg dh ajar aku , suasana kat sini , semuanya lahh ... takde yg tak rindu. kan ? hermm ... and for my juniors , yang ambik matrik tu welcome to matrik life !!!( saja wish awal2) ... and kepada student KMPk batch 13/14 , good luck for ur pspm in 2 months more !! hahahahaa 

okayyy thats all for today ...till we meet again ... daaa ...

p/s : to all my classmates A1T2 , especially T2a , I'll love you and remembered you until the end of the time. please jangan lupakan aku , and jangan lost contact taww !! saaayangg korang saangat2 !!! <3<3<3





Saturday 3 August 2013

~apa dah jadi pada diriku ..... ~

assalamualaikum .....

hey korang !! apa khabar ?? setelah sekian lama menyepi dr blogging , aku kembali !!! tp smpai minggu first raya je lah .... lepas tu aku akan 'menghilangkan diri' balik ..... ~merajuk~

okay back to the main story .... lama dah tak post blog sebab aku secara rasminya telah menjadi pelajar kolej matrikulasi perak atau lebih sedap dipanggil KMPk. FYI , aku masuk ni bukan atas dasar paksaan or apa .. tp mmg target aku utk masuk matriks. pada aku , matriks ni adalah 'shortcut' utk aku buat degree .... sebab masuk kat sini just setahun or dua tahun je. kalau mcm aku , setahun je la sbb ambik kos perakaunan ... lepas tu boleh terus ambik degree ... tapi kena ingat !!! sijil matrikulasi tidak laku utk pohon kerja. so nak tak nak , kena sambung belajar lg lepas matriks ... kalau tak , mintak kerja guna sijil SPM je lah .... apa je kerja yg ada guna sijil spm ??

dekat matriks , belajar tak boleh main2. semua serba laju. satu minggu kalau boleh satu chapter belajar .... lepas tu dengan pelbagai kuiz , test , semuanya menduga minda ... sebab tu kena belajar betul2 .... STUDY SMART , NOT STUDY HARD 

okay .... jd kepada adik2 yg tgah dlm dilema utk buat keputusan ttg masa depan adik2 , akak nasihatkan buatlah keputusan dgn bijak. fikirkan jugak kemampuan adik2 sendiri. kalau perlu , dapatkan khidmat kaunseling kat sekolah adik2 ... insya-Allah cikgu kaunseling adik2 akan bantu .... ada lah cara mereka sendiri untuk menilai kemampuan adik2 .... so good luck !!!!


p/s : buat solat sunat istikharah kalau dh mmg betul2 tak tau utk buat pilihan :D


Thursday 4 April 2013

~pom pom pom !!! meletopp !!!! ~

assalamualaikum ....

lama dah tak tulis blog hah ... hehehee biasa la sibuk memanjang ... hahaha sibuk lah sangat kan ... 

so , kepada calon2 SPM 2012 , macam mana result ? mesti meletoppp gitu kan ?? kepada yang cemerlang tu , tahniah diucapkan . semoga dapat teruskan impian masing2. kepada yang kurang berjaya , jangan risau. jalan masih banyak. tinggal nak buat keputusan je apa yang nak dibuat seterusnya. jangan sedih dan menyesal sekarang ,  sebab dah tak guna dah kalau nak menyesal. mulakan langkah baru. mana tau ada hikmah di sebalik kejadian . betul tak ??

jadi , selepas dapat result tu , bolehlah isi permohonan online UPU untuk apply masuk IPTA. mana tau rezeki kan ?? saya pun tak terkecuali untuk apply IPTA. dengan result saya tu , insya-Allah dapat rasanya. saya rancang nak ambik diploma perakaunan. dengan result SPM saya tu , insya-Allah layak.cuma dapat atau tak dapat sebab ramai student yang cemerlang zaman sekarang ni. semuanya pandai2 belaka ... tambah2 lagi golongan perempuan ...

okay ... kepada yang masih ragu2 dan tak dapat buat keputusan yang tepat nak ambik kos apa nanti , boleh singgah di laman web imascu ni. dari sini kita boleh nilai sendiri kelayakan kita berdasarkan result SPM kita tu. tak pun , pergi lah jumpa cikgu kaunseling di bekas sekolah masing2 dan mintak pendapat cikgu2 korang. jadi korang akan dapat pandangan lebih jelas untuk melanjutkan pelajaran nanti. 

#harap2 korang dapat lanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi ya !! amin ... insya-Allah ...

Wednesday 20 March 2013

~ hARi yAnG diTunGGu bAkaL TiBa ~

assalamualaikum ... harap semua sihatlah ye .... 

         okay ... hari ni ( tarikh aku publish entry ni ) ialah 20 Mac 2013 . esok dah 21 Mac 2013. kepada calon - calon SPM 2012 , mesti ada yang tak senang duduk. nak baring rasa bersalah , nak have fun pun rasa macam ada yang tak kena. betul tak ?? ada yang sampai termimpi-mimpi dapat result pun ada. kalau itu , jiwa dah bersemangat nak tengok result tu. aku adalah salah seorang yang menjadi mangsa kegelisahan ni. yela , siapa yang tak risau kan , result SPM yang bakal menentukan masa depan masing-masing akan keluar.
jangan malam tak boleh tidur sudah lah .. ( masa PMR dulu , pernah termimpi sampai result PMR masing-masing keluar TV. apa ke peliknya tu ?? -__-' ) 

         kepada calon-calon SPM 2012 ( juga kepada diriku ) , janganlah risau. tawakal banyak-banyak. baca lah ayat-ayat yang patut. supaya dapat kurangkan sikit perasaan gemuruh tu. biasalah gemuruh tu kan. tapi jangan over confident. takut tak dapat apa yang kita hajatkan. insya-Allah kita semua akan berjaya. amin ...

#good luck ye :)

Wednesday 13 March 2013

~~zalora ohh zalora~~

assalamualaikum .... sihat ? harap2 sihat la yee ...


sapa tahu zalora tu apa ?? yang mana kaki shopping, mesti la tau kan. ermm aku ada order barang dari zalora jumaat lepas. hishh menyesal order. sebab apa ?? esoknya masa aku tengok balik barang2 kat situ, jadi murah pulak !!! haishh kalau tau, order masa hari sabtu jeh .... sedihhh !!!!

pagi tadi , masa aku kat kedai , orang dari zalora ni call. dia tanya nak hantar barang pukul berapa. aku cakap la petang sikit , dalam pukul 3 macam tu. dia pun okay la. ermm elok jugak dia buat macam tu. takde la dia datang , tiba-tiba takde orang kat rumah. hermm bagus2 ....

jadi secara rasminya , aku pun dapatlah barang apa yang aku order tu ... teeeehehehhehehe heppynyerr ...


kotak dia serious besar !! huhuhu ...


inilah kandungannye ...




hah ... dapat voucher makan yg order dari online . dapat dua pulak tu ...

ini lah barangnye ... colour dia menyerlah gitu ... ( terang sangat !! )



#ermm ... agaknya aku nak order lagi ke tak ?? huhuhu ...

Tuesday 12 March 2013

Cendol Muar best !!

assalamualaikum ...

masa aku balik muar hari tu, ada la singgah kat bandar muar sebab nak pergi minum cendol. sebenarnye memang menjadi kewajipan family aku , kalau balik muar , singgah bandar muar sama ada untuk minum cendol, makan satay muar , makan mi bandung, atau mi rebus. tengok lah yang mana nak. kalau rasa nak makan satay, singgah la kat bandar muar, depan bus stand muar, bawah jejantas. memang ada satay muar sedap punya. kalau macam mi bandung dengan mi rebus, kitorang ada kedai pilihan kami sendiri , iaitu mi bandung abu bakar hanipah. orang kelahiran muar mesti tahu. malulah kalau tak tahu kedai ni kan. tapi masa kami datang hari tu, kedainya tutup pulak. ermm tak dapat la makan mi bandung. jadi kai pun pergi ke kedai cendol jalan sisi dekat bandar muar ni. walaupun hanya kedai tepi jalan, orang tak putus-putus datang untuk menikmati cendol kat sini. memang terbaeekk punya lah !! 

sementara tunggu cendol yang kami order :)


sejak bila minat cendol ni pun tak tau la

sedap sangat la tu 


cendol original mari !!

aku order cendol pulut .. nyum nyum

si baby pun nak merasa cendol jugak


lepas minum cendol, suruh ambik gambar. amboii ...
cendol kat sini ada pelbagai jenis. ada cendol biasa, cendol tapai, cendol pulut, cendol jagung, cendol kacang merah, dan macam-macam lagi yang tak pernah aku tahu. hahahahaha . memang tak sah kalau balik muar tak singgah sini. 


#cendol ni zikri yang belanja. bukan main seronok lagi dia nak bayarkan. guna duit dia sendiri tu !!!
#jemput minum :)