Saturday 3 August 2013

~apa dah jadi pada diriku ..... ~

assalamualaikum .....

hey korang !! apa khabar ?? setelah sekian lama menyepi dr blogging , aku kembali !!! tp smpai minggu first raya je lah .... lepas tu aku akan 'menghilangkan diri' balik ..... ~merajuk~

okay back to the main story .... lama dah tak post blog sebab aku secara rasminya telah menjadi pelajar kolej matrikulasi perak atau lebih sedap dipanggil KMPk. FYI , aku masuk ni bukan atas dasar paksaan or apa .. tp mmg target aku utk masuk matriks. pada aku , matriks ni adalah 'shortcut' utk aku buat degree .... sebab masuk kat sini just setahun or dua tahun je. kalau mcm aku , setahun je la sbb ambik kos perakaunan ... lepas tu boleh terus ambik degree ... tapi kena ingat !!! sijil matrikulasi tidak laku utk pohon kerja. so nak tak nak , kena sambung belajar lg lepas matriks ... kalau tak , mintak kerja guna sijil SPM je lah .... apa je kerja yg ada guna sijil spm ??

dekat matriks , belajar tak boleh main2. semua serba laju. satu minggu kalau boleh satu chapter belajar .... lepas tu dengan pelbagai kuiz , test , semuanya menduga minda ... sebab tu kena belajar betul2 .... STUDY SMART , NOT STUDY HARD 

okay .... jd kepada adik2 yg tgah dlm dilema utk buat keputusan ttg masa depan adik2 , akak nasihatkan buatlah keputusan dgn bijak. fikirkan jugak kemampuan adik2 sendiri. kalau perlu , dapatkan khidmat kaunseling kat sekolah adik2 ... insya-Allah cikgu kaunseling adik2 akan bantu .... ada lah cara mereka sendiri untuk menilai kemampuan adik2 .... so good luck !!!!


p/s : buat solat sunat istikharah kalau dh mmg betul2 tak tau utk buat pilihan :D


Thursday 4 April 2013

~pom pom pom !!! meletopp !!!! ~

assalamualaikum ....

lama dah tak tulis blog hah ... hehehee biasa la sibuk memanjang ... hahaha sibuk lah sangat kan ... 

so , kepada calon2 SPM 2012 , macam mana result ? mesti meletoppp gitu kan ?? kepada yang cemerlang tu , tahniah diucapkan . semoga dapat teruskan impian masing2. kepada yang kurang berjaya , jangan risau. jalan masih banyak. tinggal nak buat keputusan je apa yang nak dibuat seterusnya. jangan sedih dan menyesal sekarang ,  sebab dah tak guna dah kalau nak menyesal. mulakan langkah baru. mana tau ada hikmah di sebalik kejadian . betul tak ??

jadi , selepas dapat result tu , bolehlah isi permohonan online UPU untuk apply masuk IPTA. mana tau rezeki kan ?? saya pun tak terkecuali untuk apply IPTA. dengan result saya tu , insya-Allah dapat rasanya. saya rancang nak ambik diploma perakaunan. dengan result SPM saya tu , insya-Allah layak.cuma dapat atau tak dapat sebab ramai student yang cemerlang zaman sekarang ni. semuanya pandai2 belaka ... tambah2 lagi golongan perempuan ...

okay ... kepada yang masih ragu2 dan tak dapat buat keputusan yang tepat nak ambik kos apa nanti , boleh singgah di laman web imascu ni. dari sini kita boleh nilai sendiri kelayakan kita berdasarkan result SPM kita tu. tak pun , pergi lah jumpa cikgu kaunseling di bekas sekolah masing2 dan mintak pendapat cikgu2 korang. jadi korang akan dapat pandangan lebih jelas untuk melanjutkan pelajaran nanti. 

#harap2 korang dapat lanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi ya !! amin ... insya-Allah ...

Wednesday 20 March 2013

~ hARi yAnG diTunGGu bAkaL TiBa ~

assalamualaikum ... harap semua sihatlah ye .... 

         okay ... hari ni ( tarikh aku publish entry ni ) ialah 20 Mac 2013 . esok dah 21 Mac 2013. kepada calon - calon SPM 2012 , mesti ada yang tak senang duduk. nak baring rasa bersalah , nak have fun pun rasa macam ada yang tak kena. betul tak ?? ada yang sampai termimpi-mimpi dapat result pun ada. kalau itu , jiwa dah bersemangat nak tengok result tu. aku adalah salah seorang yang menjadi mangsa kegelisahan ni. yela , siapa yang tak risau kan , result SPM yang bakal menentukan masa depan masing-masing akan keluar.
jangan malam tak boleh tidur sudah lah .. ( masa PMR dulu , pernah termimpi sampai result PMR masing-masing keluar TV. apa ke peliknya tu ?? -__-' ) 

         kepada calon-calon SPM 2012 ( juga kepada diriku ) , janganlah risau. tawakal banyak-banyak. baca lah ayat-ayat yang patut. supaya dapat kurangkan sikit perasaan gemuruh tu. biasalah gemuruh tu kan. tapi jangan over confident. takut tak dapat apa yang kita hajatkan. insya-Allah kita semua akan berjaya. amin ...

#good luck ye :)

Wednesday 13 March 2013

~~zalora ohh zalora~~

assalamualaikum .... sihat ? harap2 sihat la yee ...


sapa tahu zalora tu apa ?? yang mana kaki shopping, mesti la tau kan. ermm aku ada order barang dari zalora jumaat lepas. hishh menyesal order. sebab apa ?? esoknya masa aku tengok balik barang2 kat situ, jadi murah pulak !!! haishh kalau tau, order masa hari sabtu jeh .... sedihhh !!!!

pagi tadi , masa aku kat kedai , orang dari zalora ni call. dia tanya nak hantar barang pukul berapa. aku cakap la petang sikit , dalam pukul 3 macam tu. dia pun okay la. ermm elok jugak dia buat macam tu. takde la dia datang , tiba-tiba takde orang kat rumah. hermm bagus2 ....

jadi secara rasminya , aku pun dapatlah barang apa yang aku order tu ... teeeehehehhehehe heppynyerr ...


kotak dia serious besar !! huhuhu ...


inilah kandungannye ...




hah ... dapat voucher makan yg order dari online . dapat dua pulak tu ...

ini lah barangnye ... colour dia menyerlah gitu ... ( terang sangat !! )



#ermm ... agaknya aku nak order lagi ke tak ?? huhuhu ...

Tuesday 12 March 2013

Cendol Muar best !!

assalamualaikum ...

masa aku balik muar hari tu, ada la singgah kat bandar muar sebab nak pergi minum cendol. sebenarnye memang menjadi kewajipan family aku , kalau balik muar , singgah bandar muar sama ada untuk minum cendol, makan satay muar , makan mi bandung, atau mi rebus. tengok lah yang mana nak. kalau rasa nak makan satay, singgah la kat bandar muar, depan bus stand muar, bawah jejantas. memang ada satay muar sedap punya. kalau macam mi bandung dengan mi rebus, kitorang ada kedai pilihan kami sendiri , iaitu mi bandung abu bakar hanipah. orang kelahiran muar mesti tahu. malulah kalau tak tahu kedai ni kan. tapi masa kami datang hari tu, kedainya tutup pulak. ermm tak dapat la makan mi bandung. jadi kai pun pergi ke kedai cendol jalan sisi dekat bandar muar ni. walaupun hanya kedai tepi jalan, orang tak putus-putus datang untuk menikmati cendol kat sini. memang terbaeekk punya lah !! 

sementara tunggu cendol yang kami order :)


sejak bila minat cendol ni pun tak tau la

sedap sangat la tu 


cendol original mari !!

aku order cendol pulut .. nyum nyum

si baby pun nak merasa cendol jugak


lepas minum cendol, suruh ambik gambar. amboii ...
cendol kat sini ada pelbagai jenis. ada cendol biasa, cendol tapai, cendol pulut, cendol jagung, cendol kacang merah, dan macam-macam lagi yang tak pernah aku tahu. hahahahaha . memang tak sah kalau balik muar tak singgah sini. 


#cendol ni zikri yang belanja. bukan main seronok lagi dia nak bayarkan. guna duit dia sendiri tu !!!
#jemput minum :)

Monday 11 March 2013

~~SPM oii !!!~~

assalamualaikum .... 

tadi baru baca tweet someone. tweet tu mengatakan yang result SPM 2012 akan keluar pada 21 MAC 2013 ..... wahh wahh haru betul !!!! rasanya baru je semalam habis paper ekonomi. cheewwahhh !!! ni la tweetnya ... uishh .. rasa macam nak terjun swimming pool pun ada, sebab hati tak keruan. hahaha ... takpelah. terima je la if keputusan tak memuaskan. and if keputusan meletop-letop gitu, alhamdulillah aku ucapkan. kepada sahabat-sahabatku, good luck okayh !!! hehehhee


#p/s : yang mana result meletop tu, jangan lupa belanja makan. hehehehehe  :P

~~A Farmosa water park (boleh tahanlah)~~

assalamualaikum ...

blog sebelum ni, aku ada story pasal trip ke Melaka, lepas tu ke Muar. klik sini tau. okay biar aku story sikit masa kat water park tu.

aku sampai sana dalam pukul 12 lah. lepas beli tiket, kami pun terus la masuk



harga tiket utk weekdays, weekends
lepas masuk, kitorang pergi la tukar baju. aku dah tak tukar la sebab dah standby pakai baju untuk mandi masa kat rumah lagi. sementara tunggu ayah nak tukar baju. kitorang pergi la sewa pelampung. harga untuk double tube RM 20 termasuk deposit RM10. maknanya bila korang dah pulangkan pelampung dengan selamat tanpa apa-apa kerosakan, korang akan dapat balik deposit RM10 la.untuk single tube, harganya RM16 termasuk deposit RM8.  lepas tu, kitorang  ingat nak sewa locker je. harga untuk locker kecil RM4. yang besar pulak RM12. tapi locker ni kalau korang dah simpan barang , but lupa nak ambik something macam duit ke, apa ke, korang kena bayar lagi RM4 or RM12 hanya untuk guna balik locker tu. kiranya sekali bayar untuk sekali guna la. so cuba bayangkan kalau asyik tertinggal barang lah, tak ke banyak duit nak guna sebab nak lock balik locker tu. so niat aku dengan mama aku nak simpan barang dalam locker terus tak jadik. sudahnya kitorang sewa cabana, atau bahasa mudahnya, pondok. harga untuk pondok tu pulak, untuk weekday murah sikit la. RM 130 termasuk deposit RM 50. kalau weekends lagi mahal, RM180 termasuk deposit RM 50. dua kali ganda tu !!! nasib baik kitorang pergi hari rabu. takde la mahal sangat. kira berbaloi la sebab pondok tu pun besar untuk kitorang satu family. lagipun kitorang kan ada baby kecik. jadik kira berguna la cabana tu. siap boleh gantung buaian baby lagi. hehehe ... ayah aku pulak, terkejut la tiba-tiba je kitorang dah duduk kat cabana tu. lepas tu, apa lagi, terjun dalam air la !!! depan kitorang pulak betul-betul ada water wave (entah apa nama dia) so memang banyak lepak situ la. belakang kitorang pulak ada lazy river. kan best tu ?? hehehe ....


adik kedua aku, zikri


ayah aku dengan zikri. swimming pakai sunglasses tuh. apa ke halnya ??? hehehhe
 kebetulan pulak, time kitorang datang tu, ada persatuan yang baik hati bawak sekumpulan kanak-kanak istimewa dari sekolah diorang untuk mandi-manda kat sini. jadi memang nampak la ramai kanak-kanak istimewa kat sini. seronok sangat tengok diorang enjoy kat sini.
ayah aku, zikri (baju hijau) dengan salah sorang kanak-kanak istimewa tu. dia nampak camera, tu  yang terus datang kat kitorang tu.
yang ni pulak, budak tu tolong ambikkan gambar. pandai dia ambik gambar. hehehe ...

lepas tu, kitorang pergi la tengok game apa yang ada. mula-mula aku naik inner tube. tak mencabar sangat, tapi okey la. lepas tu ayah aku pulak naik. zikri tak boleh naik sebab tinggi dia tak sampai 4 kaki lagi. merajuk si kecik tu . lepas tu, kitorang bawak la dia pergi kat tempat mandi kanak-kanak. aku pulak balik kat pondok sebab nak bergilir dengan mama aku. bila aku sampai, adik aku yang baby tu mak aku nak bawak pergi mandi sekali kat tempat kanak-kanak. so tinggal la aku sorang-sorang kat pondok tu. sedihnye 











mamaku dengan baby Ilman


manja pulak zikri tu










 lepas tu , aku pulak pergi la ambik set lunch. oh lupa pulak nak bagitau, harga tiket tadi tu, disertakan sekali dengan set lunch dan air tin. set lunch dia pulak ada macam-macam. so aku ambik la nasik ayam kicap, nasik ayam kari dengan bubur nasik. air pulak ada soya, teh bunga, ice lemon tea dengan air mineral. lepas tu, aku dengan zikri pun lunch la dulu, mama dengan ayah aku pulak gi main air dulu dating le tu

 lepas dah lunch, mama dengan ayah aku pun sampai. diorang pulak lunch. aku dengan zikri pun mandi la kat lazy river lagi. dua round jugak kitorang pusing. lepas tu, masa aku balik ke pondok, aku tengok mak aku dah tukar baju sebab sejuk. ayah aku pun ajak aku gi main family ride. nak naik ke atas, punya la semput. zikri boleh naik benda tu. bukan main seronok lagi dia, sampai request nak naik lagi benda tu. seram jugak naik benda tu. bayangkan, masa turun gelongsor tu, masa selekoh tu, macam nak terbang keluar dari gelongsor pun ada rasanya. lepas main tu memang rasa nak gugur jantung nih. lepas dah enjoy main air, kitorang pun packing nak balik, sebab jam pun dah pukul 5.30 petang. lama jugak berendam dalam air.


penat la tu ..




sempat lagi ambik gambar
okay berdasarkan pengalaman aku masa kat sini :

               1. kalau ada anak kecik or nak senang, better sewa cabana atau pondok. kalau dah penat boleh rest sekejap
               2. baik sewa pelampung sebab game banyak guna pelampung.
               3. kalau yang tak nak sewa cabana, ambik locker and simpan baju yang nak tukar je dlm locker. barang2 lain yang tak penting simpan dalam keta. nanti membazir duit hanya semata-mata nak  kunci locker tu balik

#best sangat masa kat sini !! :)
               

~~~CUTI - CUTI MALAYSIA ~~~ (cuti lah sangat ..)

assalamualaikum ..... apa khabar semua ?? harap sihat-sihat belaka la ye ... :)

baru-baru ni aku n family baru lepas pergi ke A Farmosa water park dekat Melaka. yela, dah lama tak mandi-manda walaupun kat laut. sebab SPM , semua aktiviti jalan-jalan terpaksa ditunda. sedihnya hati ... jadi, bila ayahku cuti, kami sekeluarga pun plan la nak ke water park tu. mula-mula ingat nak ke Melaka Wonderland je, tapi ayah cakap kat sana game tak best sangat, so kitorang pun tukar plan ke A Farmosa. okay la jugak kan ....

kitorang pergi bukan masa weekends, tapi weekdays. tak la ramai orang sangat. lagipun kalau pergi masa weekends, harga tiket dan sebagainya meningkat sampai dua kali ganda !!!! tak ke gila tu  so kitorang decide nak pergi hari rabu. ayah pun dah cuti, jadi takde la ganggu kerja dia kan. mama pulak , apply la cuti, lagipun cuti banyak lagi. so okay la. aku pulak, memang dah lama jadi penganggur kat rumah, cuma malam je kerja, jadi takde masalah la nak pergi ke sana. adik yang kedua, zikri, kena la buat surat cuti, sebab dia sekolah tadika dah. yang baby pulak tak sampai setahun lagi, so kira okay la . jadi pagi tu, mama pergi hantar baby pergi hospital dulu ( check up sebab dah 6 bulan. biasa la tu ). aku dan zikri kena standby la apa yang patut kat rumah, lepas dah siap mama dengan baby kat hospital, kami pun terus bertolak ke Melaka. 

kitorang sampai water park tu nak dekat pukul 12. lepas beli tiket, ngam-ngam pukul 12. hehehe ... lepas carik port untuk melepak, kitorang pun apa lagi, mandi sakan la!!! tapi kena bergilir la sebab ada baby kecik kan. lama jugak kitorang lepak kat situ. water park tu dah nak tutup, baru kami keluar. nak dekat pukul 6 gitu la. hehehe ... lepas tu, kami pun bincang sama ada nak carik hotel kat situ atau terus balik kampung. kat Muar, Johor je. tak jauh sangat la. then kami decide nak balik Muar je. jimat duit hotel sebelum sampai kampung, pergi dinner dulu kat bandar Muar. lepas tu, sampai kampung dalam pukul 8 lebih lah. memang seronok la atuk dengan nenek sebab cucu-cucu kesayangan dia balik secara tiba-tiba. lepas tu kena marah, sebab balik tak bagitau."kalau bagitau, boleh mak masak !! " macam tu la ayat nenek aku. kitorang tak kesah pun. lagipun ada bawak satay dari Muar. jadi tak kesah sangat la pasal makan. kitorang pun dah makan kan. jadi diorang je la yang makan .

esoknya, kitorang kena la bertolak balik ke Kota Damansara awal, sebab ayah kerja malam tu, aku pun kerja jugak malam tu. jadi memang bergegas la nak balik KD. tapi sempat lagi nenek aku masak tu. nasib baik la mak long dengan aku tolong. jadi sempat la masak lauk tengah hari. kitorang masak telur itik masak sambal, gulai rebung dengan udang, ayam goreng ketumbar, lepas tu apa lagi entah. nenek aku siap bungkus suruh bawak balik. lepas tu, kitorang satu family pun bertolak balik ke KD. 

#harap dapat pergi lagi water park macam tu :)



Sunday 10 March 2013

KALAU TAK SUKA, PULANGKAN

Assalamualaikum ....

kisah ini saya share dari facebook. harap dapat dijadikan iktibar :)



KALAU TAK SUKA, PULANGKAN (wajib baca sampai habis)

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.

“Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.

“Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

“Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.
“Fail saya kat depan tu mana?”
“Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”
“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.
Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. “Laila” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

—————————————————————————-

“Saya nak ke out station minggu depan.”
“Lama?” Soal Laila.
“Dalam seminggu.”
“Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”
“Budak-budak? “
“Ikut jugalah.”
“Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu..”
“Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila.

Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.

” Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.”
“Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad!

Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

“Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!”
“Manalah saya ada masa..”
“Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia tersentak dari khayalannya.
“Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir.
Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..
“Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.”

———————————————————————————-

“Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.
“Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?”
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
“Awak masak apa?”
“Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
“Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!”
“Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan.
“Keluar!”
“Mama dah masak Pa!”
“Awak saja makan!”
“Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!”
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.
“Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.
“Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.”
“Abang tak suka tengok papa marah-marah. .”
“Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?”
Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris.Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
“Laila..” serunya
“Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
“Sunyi pulak rumah ni mak,”
“Lama-lama kau biasalah.”
Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

———————————————————————————-

“Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
“Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.”
“Tak ada lah?”
“Ingat papa ni cop duit?”

Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.
Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.
“Awak tak sihat ke?”
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
“Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.
Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

“Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

“Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

“Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. ” Ujar Laila perlahan
“Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

———————————————————————————–

“Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.”
Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.

Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.
“Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.
“Abang!”
“Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!” Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

“Pak Ngah, Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia mengangguk.
“Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.”
Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.
“Laila”

—————————————————————————————————-

“Papa nak ke mana hensem-hensem gini?” Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. “Wangi-wangi lagi. Dating ye?”
“Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
“Ikut boleh?”
“Dia tak ajak family. Staff only!” Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.
“Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.”
“Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. “
“Papa pesanlah..”
“Nantilah besar sikit.” Dalihnya.
“Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.”
“Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,”
Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.”
“Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.”
“Mama tanya sikit boleh?” Dia mengangguk
“Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?”

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

“Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,” ujar Mr. Kwai, tuan rumah.
Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

“Kalau tak suka pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.
Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.

“Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ” Laila merenungnya dalam..
Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil.Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..

“Kalau tak suka pulangkan,”
Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.
Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.
Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah.

Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..
Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan…….sumber dihantar oleh seseorang.




#hargailah dia selagi dia masih ada di muka bumi ini .... insya-Allah ...